setia hujung nyawa


Assalamualaikum w.b.t dan salam 1 Malaysia :)
Alhamdulillah blog kembali pulih! Pergh nervous aku sampai nak tercabut lutut sebab blog tak boleh bukak hari tu. Buat pengetahuan yang tidak tahu, minggu lepas blog yang ber .my semua bermasalah begitu jugalah dengan blog aku. Aku tengok ramai deactive .my dan bertukar ke blogspot/.com balik. Nasib aku mempunyai tahap kesabaran yang tinggi hehe :-3 

Ok, bukan tu aku nak cerita tapi ni berkenaan drama yang tengah hot sekarang iaitu Setia Hujung Nyawa. Wah malu aku nak cakap pasal benda ni haha. Sebenarnya, aku ni takdalah layan drama Melayu ni. Boleh dikira dengan jari berapa drama/movie Melayu je aku layan. Drama Indonesia? Lagi lah aku tak layan. Walaupun cerita lain-lain tajuk, aku dah boleh agak jalan ceritanya haha :D Selama ni asyik layan drama Korea kat channel One je >_< Tak layan drama aku layan Running Man. Itu je lah kerja aku sekarang. TV tu dah jadi sahabat baik aku sekarang, terima kasih..

Macam mana aku boleh tertarik dengan drama ni? -,-Huh ni semua mama aku punya kerja haha. Secara tak langsung aku TER-tengok drama Setia Hujung Nyawa ni. Hari tu juga lah aku tertarik dengan drama ni sebab aaaaa.... errmmm.... Zain romantik! ;P Hai Abang Zain, nak sign please? (Gedik kau nyah! ;P)

Macam mana perasaan kalau yang duduk sebelah Zain? *Gulp pengsan jap ;p

Aku pun apa lagi, mulalah mengkaji mengenai drama ni dan akhirnyaaaa.... Barulah aku tahu drama ni diadaptasi daripada sebuah novel, haha. Sekarang aku perasan, ramai penerbit/pengarah/penulis skrip/sekutu dengannya berlumba-lumba menghasilkan drama yang diadaptasi daripada sebuah novel. So hari tu juga lah aku order novel Setia Hujung Nyawa di kedai online. Ngeh ngeh sekarang semua senang, beli online terus sampai rumah :)

Taraaaa! *bunyi gendang kasi effect lebih. Dalam sehari aku dah berjaya menghabiskan novel ni hehehe. Jangan tanya endingnya macam mana, nanti takda feel korang nak tengok c:

Berkaitan novel, memang aku antara manusia yang suka baca novel. Pantang nampak hot sell kat Popular, terus aku rembat. Antara novel yang aku berjaya beli disebabkan penangan drama/movie ialah ; Ombak Rindu, Adam & Hawa, Duri, Setia Hujung Nyawa dan coming soon Sehangat Asmara hikhik. Kalau sekali beli, memang aku rembat 4/5 buah novel sekaligus. Tamak kan? Wuuu novel dah jadi kawan rapat aku selain TV dan kucing :)


On the way nak habiskan. Hot sell katanya Popular -/-

#Kalau korang berminat nak beli novel secara online, boleh terus ke laman KaryaSeni /Beli Diskaun . Serius servis terbaik! Kebanyakan novel yang aku beli memang terbitan KaryaSeni sebab memenuhi citarasa aku. Good job KaryaSeni! Anyone here geng with me? ;P Sehingga kita bertemu lagi. Sekian.

Ayah aku cakap, orang yang suka baca novel ni suka koya (berkhayal)? Adakah itu betul? Haha. Sila berikan pendapat. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan